Sejak aku mula hisap rokok dalam tahun 2008, aku dah pernah nampak macam - macam jenis perokok dalam dan luar Malaysia. Setiap orang ada istilah dan fahaman yang unik tentang rokok. Jadi, ni buatkan aku terfikir, ada beza ke cara orang bandar dan kampung hisap rokok?
Orang kampung biasanya hisap rokok macam yang ni:
Yang ni biasanya diorang panggil ‘Rokok Daun’ atau ‘Rokok Gulung. Benda ni murah gila dan senang nak dapat, sebab tu famous gila kat kawasan kampung. Tapi kalau nak cari orang yang hisap rokok daun kat bandar ni kadang - kadang susah sikit, macam nak cari unicorn!
Sebab kat bandar, biasanya orang hisap rokok yang branded macam Dunhill, PallMall, atau Malboro. Kalau ada yang gulung atau balut pun, orang yang hisap tembakau macam Domingo, Bali Shag, atau Mac Baren.
Peminat rokok gulung yang tegar pula sanggup membeli kertas sahaja yang harganya sudah semahal sepeket rokok. Macam-macam kertas dah ada dalam market khas untuk connoisseur RYO yang sejati, contohnya,
Kertas Telus ataupun ‘transparent’ yang diperbuat daripada selulosa daun
Ataupun kertas blunt yang diperbuat dari hanya daripada ‘hemp’ tanpa tembakau
Kertas Juicy Jay yang berbagai perasa buah yang sedap sampai menjilat jari
Adakah pilihan brand atau jenis rokok yang membezakan perokok kampung dan bandar?
Of course not!
Satu lagi perkara ialah gaya merokok, setengah orang pegang cara yang classy macam ni:
Ada juga yang suka hisap rokok sambil sembunyi macam ni:
Ada juga gaya meniup asap rokok yang berlainan juga macam ‘waterfall’, ‘O’, dan lain - lain.
Jadi, lepas aku tengok macam - macam jenis dan gaya perokok sekitar Malaysia ni, aku dapat tahu yang perokok bandar dan kampung ni sebenarnya takde beza pun! Memang betul kalau pada dasarnya nampak ada beza, tapi dalamannya sama saja. Tapi semua perokok Malaysia datang dari tempat yang sama; Negara Malaysia!
Kalau ada beza pun, mungkin dengan orang luar negara yang hisap rokok brand lain atau guna tembakau yang lain.
Jadi kalau korang terjumpa atau ternampak orang bandar yang hisap rokok daun, jangan risau, that’s just me! Kalau korang ternampak orang kampung yang hisap rokok Dunhill, jangan risau, That’s also me, jadi, Marijoinlah!