Api dan Pemetik

Oleh: Rico

Pernah dengar “Ada api, tak?” atau “Bos, pinjam lighter boleh?”. Soalan rutin yang ditanya oleh perokok yang tidak memiliki pemetik api atau kebiasaanya pemetik api ini ada ‘jin’ yang menjaganya kerana ia sering saja Berjaya melepaskan diri dari pemiliknya. Itulah masalah yang sering dihadapi oleh perokok-perokok di luar sana. Sering kehilangan pemetik api. Tak berasap lagi kalau tak ada api!

            Seluk poket, tiba-tiba lapang. Alamak, baru beli tadi, hilang lagi. Penulis jamin ramai yang memiliki pengalaman yang berharga ini. Apa signifikan pemetik api dan sebungkus rokok? Pemetik api merupakan suatu jenis alat yang boleh menghasilkan api secara mudah alih. Pemetik api juga boleh digunakan untuk membakar pelbagai jenis bahan bakar seperti cerut, rokok paip, bunga api, lilin, rokok dan sebagainya.

 

Pemetik Api

First Lighter in the world

Pemetik api pada tahun 1820an

            Dobereiner’s lamp merupakan antara pemetik terawal yang dicipta oleh Johann Wolfgang Dobereiner iaitu seorang ahli kimia berbangsa German pada tahun 1823. Pada zaman sekarang pula, pengeluar pemetik api terbesar terdapat di tiga buah negara iaitu China, Thailand dan USA. Apabila cerita mengenai pemetik api, pasti anda semua akan terfikir mengenai pemetik api berjenama Zippo. Jenama Zippo ini memang tidak asing lagi dalam dunia tembakau bermula pada tahun 1932.

Zippo Lighter

Pemetik api yang klasik dan bergaya dari jenama Zippo

            George G. Blaisdell merupakan pengasas kilang yang menghasilkan pemetik api Zippo. Zippo dikenali oleh ketahanan yang dimilik serta “Jaminan Seumur Hidup” serta kempen mengenai apinya yang “kalis angin”. Kebanyakan pemetik api Zippo yang awal penciptaan menggunakan sejenis ejen pembakaran yang dipanggil naphtha.

Jaminan yang dikeluarkan oleh Syarikat Zippo

            Pada tahun 1950an, Zippo tidak lagi menggunakan naphtha sebagai ejen pembakaran sebaliknya Zippo menggantikan dengan gas butane. Ini menghasilkan keadaan dimana kadar penyalaan api boleh dikawal serta bau gas yang dapat dikurangkan setiap kali penyalaan. Komponen yang terdapat di dalam pemetik api adalah batu api, sejenis batu yang digesek bersama roda besi bagi menghasilkan api. Komponen seterusnya bagi menghasilkan api dan menggantikan batu api adalah piezoelectric. Percikan piezoelectric menjadikan pemetik api itu lebih moden dan sering kali juga dikenali sebagai pemetik api elektrik.

            Selain itu, ia bukan lagi sekadar pemetik api. Kini, ada saja yang menjadikan pemetik api sebagi koleksi. Seni dan api satu kombinasi yang unik kerana terdapat pelbagai jenis dan rupa yang menarik menjadikan ia sesuatu yang wajar dikumpul. Tapi, sekiranya ingin mengumpul pemetik api yang unik dan cantik, haruslah berwaspada dengan rakan-rakan yang miliki minat yang sama. Takut-takut termasuk poket pula nanti. Kalau pemetik api dah cantik, pasti banyak peminat yang memerhati.

Bic Lighter

Pemetik api yang sering kehilangan ketika sesi ‘yam-cha’

 

Kayu kecil yang dipanggil mancis

Matches

Mancis juga merupakan salah satu ejen pembakaran yang boleh digunakan untuk menghasilkan api. Wujud sejak 200 tahun lalu, ahli kimia serta jurutera telah bergabung tenaga dan ilmu mereka bagi menghasilkan apa yang kita kenali hari ini sebagai mancis. Ia bukan sahaja di gunakan oleh perokok, malah ia murah dan mudah didapati di mana mana kedai runcit. Saiz yang kecil membuatkan ia diguna ramai dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

            Mancis sekaligus menjadi komponen utama dalam hidup manusia kerana pencipataan alatan menghasilkan api telah menjadi evolusi manusia untuk ikhtiar hidup di persekitaran yang mencabar, memproses makanan dan juga membentuk persekitaran yang kita diami sekarang. Kewujudan api mencorak kehidupan manusia kea rah yang lebih bertamadun dan turut menajdi peringatan bahawa ia kawan dan juga lawan.

Pelbagai jenis saiz untuk pelbagai kegunaan

            Batang mancis pertama di cipta pada tahun 1805 oleh Jean Chancel berasal dari Paris, perancis. Pada awalnya, ia tidak seperti mancis pada zaman ini, bahan utama yang digunakan pada mulanya bukanlah phosphorus yang digunakan. Chancel menyalut sebatang kayu kecil dengan potassium chlorate, sulphur,  gula, getah dan celur kayu tersebut ke dalam sulphuric acid. Hubungan antara asid yang digunakan serta campuran yang terdapat pada batang kayu itu akan menghasilkan api serta mengeluarkan bauan yang pasti membahayakan pengguna yang menghalakan mancis tersebut pada jarak dekat.

Selepas hampir tiga dekad mancis menjadi permintaan ramai, kaedah suar atau flare diperkenalkan. Pada tahun 1832, Samuel Jones memperkenalkan fuzees sebagai mancis bagi menyalakan rokok paip dan cerut. Beberepa tahun kemudian, John Hucks Stevens telah ‘patenkan’ ciptaan tersebut di Amerika. Beliau juga telah ‘patenkan’ mancis geseran pada tahun 1839. Kini ia banyak digunakan dalam peti keselematan dan juga ‘barang wajib bawa’ ketika sesi perkhemahan atas langkah berjaga-jaga. Itulah evolusi mancis.

Phosphorus putih dan akibatnya pada tahun 1920an

Penggantian phosphorus putih kepada phosphorus sesquisulfide telah menjadi revolusi apabila sejumlah besar pekerja kilang mancis mengalami penyakit phossy jaw yang dihidapi akibat terdedah kepada phosphorus putih. Merupakan suatu formula yang lebih kompleks dan diketengahkan oleh Henri Sevene dan Emile David Cahen pada tahun 1898 sebgai sebahagian dari ciptaan mereka dan ia lebih selamat digunakan berbandingphosphorus putih.

Maklumat mengenai kes bunuh diri dengan memakan phosphorus putih serta kesan ke atas kulit

Sekotak mancis yang memiliki elemen pembakaran asal tersebut mampu membunuh seorang dewasa. Selepas penggantian ke phosphorus sesquisulfide, syarikat dari British milik Albright dan Wilson menjadi yang pertama untuk memasarkan mancis yang menggunakan phosphorus sesquisulfide. Syarikat tersebut bertindak untuk menghasilkan phosphorus sesquisulfide dan menjualnya kepada kilang-kilang mancis pada tahun 1899.

             Seterusnya, berdasarkan kaedah baru yang lebih selamat digunakan berbanding phosphorus putih, pengharaman bahan tersebut bermula dengan negara Finlad pada tahun 1872, Denmark pula pada tahun 1874, Perancis pada tahun 1897, Switzerland pada tahun 1898, Belanda pada tahun 1901, United Kingdom pada tahun 1910, Canada pada tahun 1914, India dan Jepun pada tahun 1919 dan China pada tahun 1925.

Berbeza pula bagi Amerika Syarikat di mana negara tersebut tidak mengharamkan penghasilan phosphorus putih sebaliknya negara tersebut mengenakan ‘cukai punitif’  yang tinggi ke atas barangan yang berasaskan phosphorus putih.

Fire Spitters

Siapa cakap api dan manusia tak boleh jadi kawan?

Penciptaan api menjadi suatu corak yang terang dalam peradaban manusia bukan hanya dikenali dalam kalangan perokok, tetapi ia sangat berguna dan penting daalm pelbagai perkara. Sang api telah menerangi hidup manusia kala kelam menyelubungi, kehadiran api jadi bukti cahaya bersinar dalam diri. Pelbagai ciptaan terhasil memberi kesenangan dalam melahirkan ribuan perkara yang kini menjadi sebahagian dari hidup manusia. Seni dalam api mencairkan akal menjadi lautan seni tanpa garisan. Api yang panas sering dikaitkan dengan kemarahan yang membara. Api pun boleh jadi kawan juga. Tetapi, jangan sembarangan bermain dengan api! Marijoinlah! Bermain api yang kecil saiznya. Api pun boleh hasilkan ketenangaannnn….

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait