Asap & Lepak

Asap & Lepak

Marijoinlah Girl Smoking

 Oleh: Rico

Kalau keluar bertemu rakan-rakan, pastinya akan sepakat untuk bertemu di kedai makan. Jadilah sesi melepak dan masa untuk bertanya khabar dan sebagainya. Apa yang penulis dapat lihat sekarang, bila dah melepak, apa lagi, pasti berasap. Kebiasaanya, melepak merupakan satu budaya negatif. Pada pandangan penulis, apa sahaja yang ada di antara muka bumi dan langit inilah negatif dan positif. Tetapi apa yang negatif dan apa yang positif, penulis biarkan pembaca yang tentukan. Dalam pencarian perkara buruk, amatlah mudah untuk kita dapatkan, akan tetapi, manusia pastinya akan tutup sebelah mata apabila mahu membicarakan mengenai kaitan yang positif.

 

  Penulis pasti banyak yang ada sedikit keraguan terhadap asap dan akibatnya. Sekiranya ingin membincangkan natijahnya, pasti tak cukup lembaran kertas untuk mengisinya, apa yang ingin penulis bincangkan kini adalah, dengan asap juga boleh menjadi satu medium untuk menambah kenalan serta berkongsi pengalaman serta ilmu. Banyak mungkin tidak tahu mengenai tembakau dengan lebih mendalam. Jadi apa salahnya jika kita yang berpengalaman dalam bidang ini membantu pengguna di luar sana untuk lebih memahami dengan lebih terperinci mengenai penggunaan tembakau.

Writer Smoking
 

  Bagi penulis, ia tumbuh dengan kayanya di seluruh dunia, pelbagai spesis. Ada pepatah yang mengatakan ia satu pokok tetapi ia beribu pokok. Magisnya di sini, masih banyak yang spesis yang belum diketahui dan dikaji. Jadi, bagi menghalang proses pengenalan tembakau jenis ini adalah sangat tidak relevan kerana ilmu mengenainya masih terhad, sedangkan mereka diluar sana bertindak seolah-olah ia merbahaya seperti alkohol. Penulis tidak mahu menyentuh dari isu undang-undang mahupun pemahaman. Cuma, kita sebagai pengguna tembakau haruslah penuhkan ilmu didada sebelum bertindak untuk menghukum pengguna-pngguna tembakau ini.

 

  Dalam dunia ini, hampir 80% pengguna tembakau. Dalam jumlah ini juga, berapa ramai yang betul memahami dan mempunyai ilmu mengenai penggunaan tembakau. Sebelum meghukum, pendedahan mengenai keburukan serta kebaikan harus menjadi tunggak bagi memudahkan pengguna untuk lebih memahami isu ini. Penulis banyak menambah bilangan teman-teman diseluruh dunia dengan hanya membincangkan mengenai tembakau sebagai sesi suai kenal. Mengapa tiada diskriminasi? Mudah sahaja. Jangan hipokrit. Apa sahaja yang tidak membawa keburukan dalam dunia ini. Yang pasti kita semua tahu bahawa penggunaan telefon bimbit semasa memandu bukan setakat melanggar undang-undang jalan raya malah implikasinya pasti melibatkan orang sekeliling. Apa bezanya dengan merokok? Apabila ditanyakan pendapat. Tiada yang lebih bernilai dari menjadi seorang individu yang berfikiran terbuka dan berpegang pada prinsip.

 

  Para pengguna tembakau lebih selesa dalam menjadi diri sendiri dan lebih tenang dalam mengendalikan sebarang situasi serta kesulitan. Pelbagai idea dan hujah yang sering kali penulis dengar adalah berupa isi yang telah keluar dari kotaknya. Apa guna hidup didunia jika terus selesa berada didalam kepongpong yang dicipta. Maksudnya, bukankah kita punyai sayap untuk terbang meilhat dunia diluar kepongpong itu. Bagi penulis, tidak ada sesaat pun yang berlalu tanpa pengajaran.

 

   Pilihan atas tangan kita, mahu belajar atau terus menjadi egois dan abaikan pengajaran yang ada disekeliling kita. Setiap hari kita belajar sesuatu yang baru dan jika kita terus belajar, penulis yakin, pembaca pasti terkejut dengan kebolehan yang anda miliki. Kita lihat orang lain panjat kejayaan yang mustahil, tetapi jangan lupa, ingin memanjat perlulah dilapis dengan ilmu asas memanjat. Langkah seterusnya, capai apa yang anda rasa mustahil pada mulanya. Mudah bukan? Cuma hanya satu halangan setelah kita peroleh ilmu asasi iaitu sifat menangguh. Ya benar, siapa tak suka bertangguh-tangguhan bukan, ia jadikan kita lebih selesa dalam menyiapkan sesuatu perkara. Sebaliknya, kita perlu lebih produktif dalam menguruskan segalanya.

Smoking Marijoinlah
 

  Kebiasaanya, sewaktu sesi lepak berasap sambil menunggu giliran, pasti akan terhidang pelbagai pengalaman dan cerita yang dibentangkan. Disini, kita pasti akan lebih mengenali teman lepak kita. Saatnya rokok gulung dibakar, aroma yang enak hinggap di hidung, pastinya segala perkara pahit manis berkaitan mula bermain difikiran. Penulis banyak bertemu sahabat baru yang jelas bukan plastik menceritakan pengalaman hidup mereka. Suatu perkara yang tak mungkin dilupakan.

 

  Hidup perlu diteruskan walaupun banyak perkara yang ekstrem sedang berlaku dan tidak dipaparkan bagi pengamatan umum. Rajinlah mencari kerana dunia dihujung jari. Dunia tidak lagi seindah dulu dan sedang dalam keadaan porak peranda akibat mereka yang tamak. Hargailah teman berasap kita kerana mereka jugalah yang berkongsi dunia dari sudut yang lain. Sudut yang manakah kita berada sekarang, petik rokok tengok mana jatuh abunya.

 

  Boleh tak sekiranya manusia dalam dunia kini ketepikan soal agama, bangsa dan budaya seketika. Banyak yang ditindas tanpa mengira agama dan bangsa. Penindasan atas alasan ketamakan kini merajai golongan yang telah hitam hatinya. Mana agama terletak sekiranya sewenang wenangnya memijak manusia lain? Agama apa yang mengajar sedemikian rupa. Bagi penulis, matahari terbit dan terbenam tanpa tergelincir. Tidak sekalipun kita miliki dua malam atau sebaliknya. Siapakah yang merumitkan keadaan?

 

  Berkongsi tembakau tanpa mengira etnik lebih indah dari siapa yang mampu membeli rokok atau cerut dan tidak bertegur sapa. Hidup perlu berkongsi, dari perkongsian lahir pengertian, pengertian beri gambaran, gambaran hadirkan kesedaran, kesedaran zahirkan perkongsian. Ya, ia satu kitaran. Kitaran dalam lingkaran pengamatan kezaliman yang ditayangkan tanpa rasa segan.

 

Denmark King and Queen Smoking
 

  Kalau difikirkan keburukan, sampai bila tak selesai. Bukankah kita semua dudah dewasa dan mampu memikirkan apa yang terbaik buat diri kita. Apa salahnya sekiranya kita tumpukan sepenuh perhatian kita setiap hari terhadap natijah pisitif dan bukan sebaliknya. Penulis berpendapat yang segala keburukan, boleh jadi kebaikan bagi individu lain. Bergantung kepada perspektif masing-masing memandang dunia. Dari perkara kecil ke yang paling mulia.

 

  Asap dan lepak bergerak seiring dalam dunia ini. Banyak perkara yang terhasil dari hanya melepak. Seperti yang penulis suarakan tadi, apa yang positif datang dari pemerhatian yang positif. Jadi, sekiranya pembaca tidak bersetuju dengan penulis, maaf dipohon. Penulis hanya manusia biasa yang tak terlepas dari membuat silap.

 

   Zaman telah berubah, moden dan canggih serba serbi katanya. Banyak teman penulis merupakan individu yang hebat lagi professional serta merupakan perasap tegar. Apa yang diambil oleh penulis ialah hasil kerja juga idea bernas yang dikemukakan. Jika penulis ingin pandang hanya diri sendiri yang wajar berpendapat serta berngetahuan luas, takkan ke manalah kita jika sifat sebegitu sebati dalam diri. Apa salahnya jika merendah diri dan berfikiran terbuka? Bukankah lebih indah hidup ini jika dada kita sentiasa penuh dengan ilmu dan pengetahuan. Bumi ini bulat, betul? Siapa setuju?

 

  Minda kita adalah satu mkanisme yang unik dan ia berada didalam otak yang kompleks. Perkaitannya adalah agar kita mudah untuk menganalisa apa sahaja maklumat yang diberi atau yang dicari. Kita juga yang akhirnya akan menentukan produk intelek yang terhasil dari penjanaan idea yang rumit. Segala perkara terhasil atas keseimbangan merupakan titik penentuan tahap pemikiran sesetengah individu. Keseimbangan merupakan ejen yang penting dalam meniti kehidupan seharian kita. Kalau tak mahu tergoleklah. Tergolek pun apa salahnya, bila luka, pasti berparut, sudah berparut pasti lekat di ingatan, sudah tersimpan di minda, barulah boleh elak dari tergolek untuk kesekian kalinya. Itulah namanya pengalaman.

Marijoinlah!

Eehheeem eehheemmm.

Emancipate yourself from mental slavery

None but ourselves can free our mind

Haffi no fear from atomic energy

Caw none of dem can stop the time

 

Marijoinlah Rastafarian
 

Marijoinlah!

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait