Bermalam Bersama Alam Semulajadi

Oleh: Rico

Wahai pembaca budiman, dalam kesibukkan kota berserta pencemaran dari setiap sudut. Penulis yakin kalian miliki tempat yang istimewa untuk menenangkan minda . Ada yang jadikan kampung halaman sebagai destinasi pilihan bertemu saudara mara bagi melepaskan rindu. Lupa seketika masalah yang berada di pejabat.

 

Sebahagian lain pula memilih pulau-pulau yang berdekatan sebagai destinasi kerana lautnya yang luas tidak berpenghujung. Masa di pulau seakan terhenti tidak bergerak dan kita melaluinya tanpa sedar sudah tiba masa pulang ke bandar. Rasa seperti mahu mencuba gaya hidup pulau yang serba sempoi. Berasap tanpa gangguan aneh lagi membimbangkan. Itulah impiannya.

 

Bagi yang menggemari aktivit lasak, mereka memilih sesi perkhemahan bermalam berbumbungkan langit yang luas terbentang. Menikmati keindahan semula jadi tanpa pencemaran malah bertemankan persekitaran yang segar laumuh baru sekiranya aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Unggun api serta cerita seram mengelilinginya. Malam itu tidak akan sesekali dilupakan oleh sesiapa pun. Cubalah!

 

Apa yang lebih menarik, negara kita masih lagi kaya dengan hasil semula jadi dan hasil hutan. Negara Malaysia masih hijau jika ingin dibandingkan dengan negara maju yang lain. Hutan-hutan yang terdapat di Malaysia ini juga sering menjadi tumpuan mereka yang suka berkhemah dalam hutan jauh dari peradaban bandar yang semakin kritikal. Dimanakah lokasi perkhemahan yang dimaksudkan penulis? Apa kata kita tinjau kawasan yang berdekatan dengan bandar.

 

Sungai Chiling

 

Terletak di Kuala Kubu Bharu dan menjanjikan latar belakang yang hijau dan air yang jernih. Bagi yang mendambakan ketenangan berenang bersama sang ikan, kawasan ini sangat sesuai bagi pencinta alam. Air terjun yang mendamaikan lagi menjunam dari kawasan yang tinggi membuatkan anda selami pengalaman yang terindah. Tetapi, kawasan air terjun hanya dibuka untuk orang awam pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja atas dasar menjaga keaslian serta untuk mengelakkan kawasan tersebut dari tercemar.

Sungai Chilling Marijoinlah
 

Papan tanda menuju ke Sungai Chiling

 

Bagi yang tinggal di ibu kota, perjalan selalunya memakan masa dalam sejam 30 minit melalui lebuhraya PLUS. Pintu masuk ke kawasan Sungai Chiling terletak di sebelah kanan menyusuri Empangan Selangor dan untuk sampai ke pintu masuk, anda akan melalui jambatan besi. RM1.00 untuk bayaran masuk dan juga RM10.00 bagi tetamu yang ingin bermalam dengan khemah disana.

Sungai Chilling Marijoinlah

Tempat wajib kunjung di Sungai Chiling

 

Kawasan perkhemahan berhampiran sungai serta anda boleh melihat ikan-ikan berenang ke hulu ke hilir menjadikan ia terapi bagi yang bermalam disana. Bagi yang ingin berkelah di air terjun, anda perlu melalui titi gantung  sebelum sampai ke sana. Haruslah di simpan di ingatan bahawa memancing adalah dilarang. Tetapi, untuk memasak di kawasan perkhemahan amatlah digalakkan.

Sungai Chilling Marijoinlah

 Kawasan riadah lagi menyegarkan
 

Bukit Tadom, Selangor

Bukit Tadom dikelilingi oleh kekayaan alam semula jadi. Ia sangat mewah di mata pencinta alam semula jadi. Tasik yang sangat menakjubkan serta 40 ekar bukit kapur pasti membuatkan pengunjung yang hadir buat pertama kalinya berasa segar dan hidup semula setelah memisahkan dari pencemaran yang di peroleh di bandar. Bukit Tadom antara lokasi yang strategik bagi mereka yang menggemari aktiviti luar.

Bukit Tadom Marijoinlah

Tunjuk arah ke Bukit Tadom

 

Apa yang lagi menarik ialah, anda tak perlu membebankan diri untuk membawa kelengkapan perkhemahan kerana dengan RM100.00 anda boleh mengalami rasa berkhemah disana. Resort Bukit Tadom telah menyediakan segala kelengkapan perkhemahan seperti khemah muat dua orang. Terdapat dua lokasi bagi yang ingin bermalam disana iaitu di kawasan taman

atau berdekatan tasik.

 

Bukit Tadom Marijoinlah

Tempat untuk mempamerkan skil olimpik pembaca

 

Terdapat pelbagai aktivit yang boleh dilakukan disana seperti aktivit rakit, tali Tarzan dan banyak lagi. Tidak jauh dari lapangan terbang KLIA menjadikan ia sangat mudah bagi yang datang dari luar Selangor dan Kuala Lumpur. Hanya lima belas dari lapangan terbang. Bagi yang memandu dari bandar, selalunya ia mengambil masa dalm 45 minit hinggasejam untuk sampai ke Bukit Tadom. Jadi, apa lagi tunggu, keluarkan sifat ingin mencuba serta hadapi cabaran baru dis ini. Pasti anda akan rasa berbaloi menghabiskan masa anda di kelilingi alam semula jadi.

Bukit Tadom Marijoinlah

 

Kehijauan yang lagi menenangkan sambil berakit

 

Hutan Lipur Sungai Gabai, Ulu Langat

 Kepada yang ingin melakukuan aktiviti luar dan juga terlindung daripada sinaran sang mentari yang memancar lagi hangat, Air Terjun Sungai Gabai sangat sempurna bagi anda. Kelebihan yang ada disini adalah segala kelengkapan tersedia dari tandas hinggalah ke tempat beribadah. Alam semula jadi ada khasiat yang tersendiri lagi misteri kerana walaupun ada yang menidakkan kelebihan tumbuhan hijau di sekeliling mereka, magisnya pasti dirasai di minda juga hati.

Hutan Lipur Sungai Gabai
 

Papan tanda Air Terjun Sungai Gabai

 

Para pembaca boleh menuju ke Hutan Lipur Sungai Gabai ini yang terletak di Ulu Langat, sebuah kawasan kampung yang kecil di mana anda boleh melalui Cheras atau Ampang. Dari sana, anda perlu melalui satu jalan menuju ke Kampung Pangsun sejauh tujuh kilometer sampai ke Batu 18. Seterusnya, dalam enam kilometer, terlihatlah papan tandair terjun tersebut. Tibalah anda di destinasi.

 

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini bersama kawan-kawan atau keluarga untuk berkelah ataupun beriadah. Pelbagai perkara yang tidak dapat diperoleh di bandar dan antaranya perkampungan Orang Asli. Ayuhlah kita dekatkan diri dengan kehijauan yang jarang dapat diamati di tengah kotaraya. Apa salahnya jika kita tinggalkan bandar seketika dan satukan sifat cinta alam semula jadi yang tertanam dalam diri kita tanpa kita sedari.

Hutan Lipur Sungai Gabai Marijoinlah
 

Bunyi air terjun yang memberi ketenangan kepada pengunjung

 

Seruan penulis kini, banyak yang lihat pulau sebagai tempat untuk merehatkan jiwa serta minda. Penulis tiada tentangan terhadap pulau malah menggalakkan pembaca untuk ke sana, akan tetapi, hutan-hutan yang ada kian dilupai serta telah terabai dek kerana banyak yang takutkan nyamuk atau pacat. Penulis jamin, itu bukan satu kesukaran malah pasti akan memberikan suatu pengalaman yang tak mungkin dilupakan oleh sesiapa pun.

Cinta akan alam semula jadi merupakan suatu sifat yang mulia serta terjatuh tanggungjawab ke atas kita bagi mengekalkan keindahan dan kekayaan alam semula jadi yang kian musnah. Dalam dunia kini, hasil hutan menjadi kegilaan pihak yang tidak berakal. Sewenang-wenangnya menarah dan mencuri khazanah yang tersimpan bagi pengamatan generasi akan datang.

 

Sedikit biasan ke masa hadapan. Generasi akan datang bakal mengenali badak Sumatera hanya melalui buku-buku ilmiah sepertimana kita mempelajari perihal dinosaur. Hanya melaui gambar kerana mereka telah pupus. Natijahnya lahir dari manusia yang tidak berhati perut.

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait