Kertas Gulung Punya Cerita Bhg. 1 - Rokok Gulung Berasal dari Golongan Kurang Berkemampuan

Ke hadapan pembaca yang budiman, penulis ingin mengongsikan cerita kertas gulung yang berasal dari Alcoy, Sepanyol. Tujuan perkongsian ini diterbitkan adalah untuk melahirkan sedikit keterangan mengenai apakah ia kertas gulung rokok ini sebenarnya. Sejarahnya pasti membuatkan kita melihat kertas gulung rokok pada masa akan datang dari sudut yang berbeza.

 

Kewujudan Rokok

Rokok Gulung Cigar Marijoinlah

 

Segalanya berlaku sewaktu pelayaran nakhoda Christopher Clombus yang menemui ‘dunia baru’(Cuba) dan kepulangannya dari ‘dunia baru’ bersama perkara yang baru. Perkara baru tersebut merupakan Cerut(cigar) yang berasal dari negara Cuba.

Walaubagaimanapun, cerutya bukan seperti apa yang boleh didapati pada masa kini. Hal ini kerana, ia digulung dalam keadaan longgar dan tidak padat menggunakan daun tembakau ataupun daun kelapa serta diikat dengan tali yang boleh dilaras. Ia menjadi ikutan ramai dan mula terjebak ke dunia tembakau dan kertas gulung rokok.

Akan tetapi, pada asalanya hanya golongan yang berkemampuan untuk menampung gaya hidup yang sedemikian. Mereka lebih cenderung untuk mengambil tahu mengenai perkara baru dan juga eksotik apatah lagi yang unik dan asing.

Tambahan pula, ia harus dibawa masuk dari luar dimana mereka harus merentasi lautan Atlantik menggunakan kapal using berasal dari sana menjadikan ia hanya ditawarkan kepada mereka yang bangsawan sahaja.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan pula, hanya satu perkara yang mampu dilakukan oleh petani-petani Sepanyol ini ialah, mereka akan kutip punting cerut yang telah dibuang ke lantai. Mereka akan mula dengan membukan ikatan yang ada lalu membalutnya menggunakan kertas akhbar dan menghisapnya.

Tembakau Rokok Gulung Marijoinlah

Rokok Tembakau Gulung Marijoinlah

Contoh Rokok Gulung

Walaupun menggunakan kertas akhbar, mereka akan menyedut sebanyak dan sedalam mungkin dan juga menahan asap dari menghembus menujukkan betapa berharganya tembakau cerut pada masa dahulu. Dari situlah lahirnya rokok.

 

Kepentingan Kertas Gulung

Pada awalnya para petani menggunakan kertas surat khabar untuk menggantikan daun tembakau yang digulung menjadi cerut. Akan tetapi, risiko yang  tinggi bagi mereka yang menghisap rokok menggunakan kertas surat kerana ia mengandungi toksik dari dakwat serta plumbum dan banyak lagi logam yang berat yang terkandung di dalamnya.

            Pada awal tahun 1600an, apabila budaya menggulung rokok ini tiba di Alcoy(pusat pengeluaran kertas di Eropah) para pengeluar kertas di sana terus melahirkan kertas yang khusus bagi menggulung tembakau.

Elementa Paper Marijoinlah

          

Sepanjang tahun 1600an-1700an, kertas gulung rokok diedarkan secara helaian yang besar dan dikenali sebagai ‘kertas gulung’ di mana pengguna perlu memotong sendiri saiz kertas tersebut mengikut cita rasa masing-masing. Dan kepingan yang diperoleh akan digunakan bagi menggulung tembakau.

            Segalanya mula berubah apabila Jaime Villanueva Estingo mencipta kertas gulung jenis buklet(booklet) sekitar tahun 1800an di Xativa, Sepanyol(pinggir Alcoy).  Pada tahun 1815, Alcoy mula membuka pintunya kepada pengeluaran serta penjualan kertas gulung rokok jenis buklet yang pertama di dunia.

Kertas Gulung Raw Marijoinlah

            Sekelip mata Alcoy menjadi pengeluar kertas gulung yang utama di dalam dunia. Apa yang lagi menarik perhatian, pada tahun 1866, kerajaan Sepanyol mengeluarkan cap dagang dan 10 cap dagang pertama yang dikeluarkan milik kertas gulung.

 

Alcoy vs Barcelona

Kilang pengeluaran kertas gulung di Alcoy kebanyakannya milik pengusah-pengusaha kecil. Setiap satu melahirkan produk masing-masing yang unik lagi menonjolkan identiti mereka. Setiap satu dari kilang yang ada menggunakan pelbagai kaedah pengeluaran yang berlainan dan menghasilkan versi tersendiri. Setiap teknik yang digunakan bertindak sebagai bukti merekalah yang punyai teknik paling agung.

            Berbeza pula keaadan di Barcelona, kilang-kilang disana mengambil pendekatan yang berbeza. Disebabkan pengeluaran kertas gulung  berkembang sedikit lewat di Barcelona, malahan, zaman perindustrian mula mendapat perhatian, hakikatnya, syarikat-syarikat yang besar  mula menjalankan operasi menghasilkan kertas gulung. Kilang tersebut kini dikenali sebagai Miguel Y Costas.

Smoking Paper Miquel Y Costas Marijoinlah

Produk keluaran Miguel y Costas

            Di sana, mereka mula seragamkan pengeluaran dan penerbitan dan juga mereka menghasilkan pada skala yang jauh lebih besar dari apa yang mampu dihasilkan di Alcoy. Hasilnya, mereka dapat menjimatkan kos pengeluaran dan untuk 50 tahun seterusnya bukan sekadar kos pengeluaran yang dikurangkan, malah, harga runcit telah merudum dan menyebabkan Alcoy kini sukar untuk menghasilkan kertas gulung seperti dahulu.

Telah menjadi lumrah sekiranya terdapat kedai-kedai yang besar dan baru menjalankan perniagaan mereka pastinnya keadi-kedai kecil yang serupa terkena tempiasnya. Pada tahun 1934, berlakunya pertempuran antara pengeluar-pengeluar dari Alcoy dan juga pengeluar-pengeluar dari Barcelona.

Bekas simpanan kertas gulung

            Hasilnya, pengeluar-pengeluar dari Alcoy bergabung tenaga dan sumber mereka lalu membuka kilang baru yang lebih besar. Ia dipanggil Papeleras Reunitas(Reunited Paper), ini sebagai tanda yang mereka semua bersatu dan berjuang berrsama-sama. Asalnya mereka bertanding bersama kini mereka bertempur bersama-sama.

            Setiap satu dari mereka membentangkan ilmu yang ada pada mereka dan bersatu menghasilkan satu kertas yang melambangkan mereka. Pada masa itu, jenama yang paling popular dari Alcoy merupakan Bambu. Bambu telah dilancarkan oleh Rafael Abad Sontoja pada tahun 1907.

Kertas Big Bambu Marijoinlah

Big Bambu Paper

            Bambu menjadi pasaran utama jenama tempatan. Malah, jenama Bambu telah menjadi sinonim dengan Alcoy di mana Papeleras menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pengeluaran dan pemasaran kertas gulung Bambu.

            Pada tahun 1970an, Papeleras telah  mengambil langkah untuk menandatangani kontrak  dengan sebuah syarikat Amerika Syarikat. Tidak lama setelah kontrak ditandatangani, syarikat A.S menyaman Papeleras kerana melanggar syarat kontrak.

            Akhirnya, syarikat A.s menerima penghakiman bernilai berjuta-juta dolar dan meletakkan hak pada tanda dagangan pada jenama Bambu. Ini menyebabkan Papeleras jatuh bankrap dan muflis sdan akhirnya pembubaran pada hujung tahun 1980an.

 

Tamat bahagian pertama…

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait