Kertas Gulung Punya Cerita Bhg.2 - Bangkit Setelah Dipaksa Berhenti


 

Pastinya kita sering kali mendengar cerita mengenai mereka yang telah dipergunakan oleh keadaan dunia yang kadang kala mungkin agak kurang adil. Ada yang kecundang merudum dan kekal di bawah dalam keadaan takut. Berbeza pula bagi mereka yang tidak mudah mengalah dan menganggap ia suatu cabaran serta lumrah kehidupan didunia ini.

            Ibarat benih yang kecil ditiup angin terbang melayang dan jatu di mana sahaja, dan akhir sekali muncul sebagai suatu pokok yang besar mencurahkan bakti kepada manusia bila tiba masanya. Begitu juga keadaannya di sini bagi situasi yang dialami oleh pengeluar-pengeluar kertas gulung di Alcoy.

 

Bangkit Setelah Dipaksa Berhenti

Dalam situasi yang mengecewakan serta tanggapan dunia luar di mana proses penghasilan di Alcoy telah sampai ke penghujungnya, itu hanyalah sekadar spekulasi yang yang membuatkan mereka berasa selesa. Sudah kurang saingan dari pecan kecil. Kini mereka boleh terus menjalankan hidup mereka seperti biasa.

Rolling Paper Production MalaysiaMesin menghasilkan kertas gulung

            Pesaing mereka telah menyapu bersih seagala perkakasan yang pada mereka punyai nilai yang tinggi dan tinggalkan apa yang mereka rasakan tiada nilai serta tidak boleh digunakan ataupun diperbaiki lagi. Hakikatnya, apa yang mereka tinggalkan merupakan mesin-mesin yang antik dan dianggap tidak berguna lagi.

            Seorang lelaki yang telah lama berkecimpung di dalam bidang penghasilan kertas gulung serta merupakan ‘orang lama’ di dalam industri bergenerasi lamanya bernama Jose Emillio telah membeli semua semua mesin yang telah diabaikan dan memindahkan mesin-mesin tersebut ke sebuah bangunan yang terletak berdekatan dengan tebing di Alcoy.

Rolling Paper History Marijoinlah

Mesin moden skala kecil

            Walaupun mesin-mesin tersebut telah lanjut usianya, ia masih berfungsi dalam keadaan yang baik dan mampu menghasilkan kerta-kertas yang berkualiti tinggi serta mereka juga miliki sebuah mesin yang khusus dalm penghasilan kertas gulung yang berperisa. Suatu seni yang telah lama dipinggirkan.

            Pemikiran positif dan sifat ingin terus menjalani hidup dengan meneruskan legasi kertas guluug rokok menyebabkan insan bernama Jose Emilio ini untuk mula menghasilkan  kertas gulung yang berperisa, beliau mula mengumpulkan pelbagai generasi yang masih giat menghasilkan kertas gulung.

Ilustrasi proses membuat kertas gulung. Kredit Alamy Stock Photo

            Apabila kita bergaul bersama orang yang miliki minat serta semangat yang sama, keserasian memainkan peranan yang penting. Golongan yang dipanggil bagi meneruskan projek ini merupakan orang yang bukan setakat tahu malah faham dengan baik akan perkara yang mereka perlu lakukan.

            Tidak kisahlah dari sudut apa pun, dari segi penghasilan kertas-kertas gaya tradisional serta kertas berperisa bahagian, operasi hingga ke bahagian membaiki. Barulah proses permulaan langkah mereka jadi lebih mudah dan tersusun. Corak kerja yang dibawa pastinya boleh bergerak pantas dan hebat seiring kilang-kilang pengeluar yang besar.

 

Evolusi Kertas Berperisa

Pada awal tahun 1990an, Josh Kesselman(pengasas Raw) bertemu dengan Jose Emilio. Pertemuan tersebut menjadi pengenalan bagi Josh Kesselman dan keluaran terbaru kertas berperisa ‘Strawberry’ dan ‘Kelapa’ oleh Jose Emillio. Kertas ini pula tidak berjenama kerana penciptanya lebih kepada artis di sebalik tabir dan bukannya seorang jurujual.

RAW Founder Josh Kesselman

Josh Kesselman pengasas RAW

            Bermulalah perjalanan antara Josh Kesselman dan Jose Emilio apabila Josh menjadi pengedar di Amerika Syarikat untuknya dan mereka banyak menjual kertas keluaran Jose. Hubungan baik terus terjalin dan mereka mula menghasilkan kertas sejuk atau berangin(menthol). Nama yang diberikan ialah ‘Cool Jay’s’. Sempena nama timangan Josh Kesselman yang merupakan peminat tegar artis LL Cool Jay.

RAW Rolling Papers Marijoinlah

RAW

            Kemudian, lahirlah isnpirasi untuk menghasilkan kertas berperisa tembikai. Akan tetapi, jenama ‘Cool Jay’s­­’ pula tidak sesuai bagi ertas berperisa tembikai tetapi ‘Juicy Jay’s semuestinya suatu nama yang menarik dan moden. Selama beberapa tahun, jenama tersebut mendapat tempat di hati pengguna.

Original Flavoured Rolling Papers Marijoinlah

Produk pertama kertas dingin Cool Jay

            Malah, permintaan semakin banyak dan kepelbagaian juga harus di ambil kira. Halangan seterusnya pula adalah untuk menghasilkan saiz kertas 1 ½  dan juga 1 1/4. Oleh yang demikian, pencarian mesin untuk saiz 1 ½ dan 1 1/4  bermula dengan sukarnya kerana mesin tersebut telah lama diperoleh oleh pesaing-pesaing lain, dilupuskan atau telah dibuang.

Juicy Jay's Watermelon Flavoured ROlling Papers Marijoinlah

Juicy Jay’s perisa tembikai saiz 1 1/4

            Akhirnya, mereka berjaya menjumpai mesin-mesin tersebut. Ia berada di muzium kertas. Alangkah bermaknanya pencarian mereka. Jose Emilio meyakinkan kurator muzium tersebut untuk memberikan kepada mereka sebagai pertukaran antara dua mesin 1 ½ yang berasal dari tahun 1920an untuk satu mesin 1 ¼ yang berasal dari tahun 1930an.

            Ia bagai suatu fenomena yang melanda apabila ‘Juicy Jay’ terhasil dengan rancaknya melalui teknik tradisional ini serta mendapat sambutan yang hebat dari pengguna-pengguna membolehkan mereka untuk menlangkah lebih jauh di dalam pasaran kertas gulung. Mereka juga berjaya membesarkan lagi kilang mereka untuk pengeluaran kuantiti besar mengikut permintaan pasaran.

Tamat bahagian kedua…

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait