Kertas Gulung Punya Cerita Bhg.3 - Kewujudan Elemen Yang Dilahirkan


 

Masih banyak lagi yang belum kita peroleh dari neagara luar. Kini, kemudah teknologi yang canggih, berbatu jauh pun, terasa dekat dari pelbagai sudut. Dalam arena kertas balut rokok ini, apa yang ada di sini beberapa ketika lalu mungkin terhad.

Semenjak penerimaan tembakau semakin meluas, ramai yang telah berubah angin berjinak di dalam arena ini. Kualiti menjadi sandaran utama dalam pemilihan kertas gulung bagi mendapatkan kepuasan yang optimum.

Kewujudan Elemen Yang Dilahirkan

Sewaktu Josh Kesselman(pengasas RAW) masih kecil, memori yang ditinggalkan oleh ayah beliau ialah suatu aksi silap mata. Ayahnya seorang kaki gulung, jadi, ayahnya sering mneggunakan kertas gulung yang dihasilkan dari beras berjenama Marfil Arroz, sebuah syarikat lama.

Marfil Arroz Rolling Paper Malaysia

Kertas Gulung Marfil Arroz

            Apa yang terjadi ialah sewaktu mereka sekeluarga berkumpul di meja makan, ayahnya akan mengambil sekeping kertas Marfil Arroz dari bukletnya lalu membakar kertas itu dan menlemparkan ia ke udara.  Kertas tersebut akan lenyap.

 

Marfil Arroz Rolling Papers Marijoinlah

Kertas klasik Marfil Arroz

            Kertas tersebut sangat nipis hinggakan tidak meninggalkan sebarang abu ia terus lenyap begitu sahaja. Seakan-akan silap mata bagi si kecil Josh. Setelah berkecimpung didalam bidang penghasilan kertas gulung, kini Josh nekad ingin menghasilkan kertas yang begitu nipis menggunakan beras sebagai ramuan.

            Oleh yang demikian, lahirlah satu jenis kertas yang diberi nama “Elements”, sempena elemen yang digunakan bagi menghasilkan kertas gulung serta tumbuhan yang digunakan bagi melahirkan kertas yang nipis lagi ringan. Kertas tersebut senipis mungkin dan menjadikan tambahan anti tak sekata diletakkan bagi mengelakkan pembakaran tak sekata.

Elements Paper Marijoinlah

Kertas Gulung yang diperbuat dari beras keluaran “Elements”

 

Artisan-artisan Alcoy kini sibuk menumpukan perhatian serta kepakaran  mereka dalam menghasilkan kertas gulung rokok daripada beras. Tambahan, pengguna dari seluruh dunia boleh merasakan keaslian dan ketulenan kertas “Elements”. “Elements” merupakan satu kejayaan yang besar bagi Josh.


Kaedah Lama Bernyawa Semula

RAW bermula apabila Josh sering bergaul dengan teman-teman yang menggunakan tembakau ‘semula jadi’. Bererti, tembakau yang dicuci hanya dengan air dan tanpa sebarang bahan kimia tambahan dimasukkan. Rasanya jauh lebih berbeza dari rokok biasa dan mereka lebih selesa dengan tembakau ‘semula jadi’.

American Spirit Tobacco Marijoinlah

Tembakau semula jadi tanpa bahan kimia tambahan

            Persoalan seterusnya, sekiranya tembakau ‘semula jadi’ boleh mendapat perhatian ramai, sementara kertas yang ada di luar sana kebanyakannya bukan dihasilkan secara semula jadi. Ada beberapa ramuan tambahan yang diadun sekali bagi menghasilkan warna putih yang bersih. Putih simbolik bagi bersih akan tetapi adakah ia tidak merbahaya?

RAW Rolling Papers Marijoinlah

RAW dari bahan semula jadi

            Projek RAW adalah bagi menghasilkan kertas balut yang semula jadi dan kurang risiko bahan kimia kini telah menjadi suatu idea yang emas. Pendekatan penghasilan kertas semula jadi ini pada asalnya merupakan suatu bahan jenaka bagi kebanyakan pengeluar dan pembekal kertas gulung.

 

 RAW Single Wide Rolling Papers Marijoinlah

Kertas Raw 1 ¼ yang tidak berwarna keputihan

            Bukanlah suatu perjalan yang mudah Josh harus tempuhi bagi menjadikan idea RAW ini sebagai suatu kenyataan. Malahan, Josh juga mengadakan pertemuan dengan pesaing mereka dari Barcelona. Tambahan, mereka buka sahaja tidak bersetuju malah mereka juga berkata, ”tiada siapa yang inginkan beg kertas”.

            Idea yang menarik diterangkan apabila keras tersebut menjadi tersangat nipis hampir lut sinar. Bagaimana campuran tumbuhan menjadi ramuan bagi mengahsilkan pembakaran yang sempurna lagi lancer. Berwarna coklat dan belum pernah ada di pasaran dan belum ada yang pernah melihatnya lagi. Membuahkan hasil yang negative sering kali ditolak. Ia adalah satu revolusi.

RAW Classic Rolling Papers

Kertas RAW klasik

            Langkah terakhir, RAW lahir dari hasil ilmu pengetahuan serta kewangan sendiri hasil dari “Elements” dan “Juicy Jay’s” ke pasaran dunia. Pengguna kertas gulung satu dunia bersetuju dengan impian Josh Kesselman dan kini RAW merupakan suatu keajayaan Josh yang paling besar.

Walaubagaimanupun. Ironinya,  RAW telah menempa kejayaan yang gah dan banyak syarikat dan jenama lain mereplikakan barangan keluaran RAW. Kejayaan dan legasi hanya bakal dikecapi oleh mereka yang tidak mudah mengalah serta sedar akan perjuangan yang diperjuangkan tersebut. Cerita kejayaan sangatlah indah, cabaran yang diharungi tak ramai yang ketahui. Ramai yang muncul setelah kejayaan telah dicapai, sepanjang perjalanan, hanya segelintir yang sampai ke penghujungnya.

RAW Rolling Papers Marijoinlah

Produk kelahiran RAW

 

Kertas Gulung Asli

Sepanjang setiap lawatan ke Alcoy, sekiranya diperhatikan sejarah Alcoy seakan-akan bukan sekadar sejarah, ia masih terkesan ke akar umbinya di mana budaya pengeluar kertas gulung di sana masih lagi utuh.  Tradisinya masih terpahat kukuh di dalam jiwa mereka walau telah bergenerasi lamanya ia diteruskan tetap menjadi teras penduduk Alcoy.

 Lagi menguntungkan apabila kilang bagi menghasilkan kertas RAW pula dikelilingi oleh ladang pokok almond yang terbiar. Bayangkan bangunan usang serta sepetang di bawah pohon almond tua di Alcoy bersama segulung Marijoinlah!

Alcoy Spain Marijoinlah

Bandar Alcoy, Sepanyol yang penuh dengan ilmu dan sejarah

Ideanya untuk kepuasan maksimum lagi melebarkan sayap pemikiran agar mampu peroleh visual dari apa yang cuba disampaikan oleh Josh Kesselman. Beliau hanya inginkan para pengguna diluar sana menikmati tembakau pilihan mereka dengan bergaya tanpa menolak unsur kualiti yang premium.

 

Alcoy Spain Marijoinlah

Malam hari di Alcoy, Sepanyol

 

Tambahan pula, Alcoy terus bernafas seperti masih di tahun 1800an, Bandar yang menjadi pembuat kertas gulung rokok yang terbaik di dunia. Kini, kilang memproses kertas gulung moden sungguh mudah didapati tetapi, keluaran kertas RAW dalam kuantiti yang kecil oleh pengeluar Alcoy menjadikan setiap helai diberi perhatian yang lebih oleh pengamal yang miliki ilmu turun-temurun.

Kertas Gulung Rokok Asli datangnya hanya dari Alcoy, Sepanyol dan akan terus lahir dari bandar kecil ini tiada lain sepertinya. Kertas gulung kelahiran Alcoy seolah-olah punyai jiwa dan tidak seperti kertas gulung yang lain kosong tidak berjiwa. Segulung RAW dulu, Marijoinlah!

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait