Perokok Bergaya

Oleh: Rico

James Bond Smoking

Sekali pandang macam James Bond, dengan kaca mata hitam yang bergaya, rambut tersisir rapi, berkilatnya kasut, hitam segak, berkemeja berserta jacket keluar dari kereta sambil tangan menyeluk saku mencari kotak rokok. Di keluarkan sebatang dihalakan ke bibir dan diletakkan disitu. Di capai pemetik api dari saku jacket, Zippo jenamanya. Dipetik lalu membakar rokok yang berada di bibir itu. Di sedut di hembus di ulang sehingga ke puntungnya.  Itulah dia tabiat ataupun gaya hidup. Pada zaman sekarang, bukan lagi ‘orang lama’ sahaja yang merokok. Hampir kesemua lapisan masyarakat memiliki tabiaat ini. Tetapi, hari ni bukan hari untuk berbahas mengenai keburukan merokok. Kita akan melihat dari sudut dan perspektif pengguna tembakau.

 

Smoke Circle 70's Show

Pengguna tembakau selalunya unik dan perwatakan mereka sering kali menceriakan suasana. Apabila ‘kaki tembakau’ atau ‘kaki balut’ mengadakan sesi melepak, kebiasaanya keadaan menjadi lebih ceria dan pasti banyak idea yang menarik lagi kreatif akan dibentangkan. Sedang leka menguli adunan tembakau dan Marijoinlah, pelbagai topik yang diutarakan untuk dijadikan perbincangan sebaik sahaja selesai berasap. Kiranya, apabila segulung dikongsi bersama teman-teman rapat seolah olah mencetus suatu bahagian didalam minda kita di mana topik-topik intelektual sering dibincangkan berbanding dari perbualan kosong yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

 

Obama Smoking Marijoinlah

          Seterusnya, sesi ini juga sering kali diulang sekiranya ada kelapangan. Ada juga yang punyai ritual yang hampir serupa seperti sesi ‘kaki tembakau’ tadi, antaranya sebelum menaiki pentas atau beraksi depan kamera. Peminat Marijoinlah semakin ramai begitu juga dengan pendedahan mengenainya juga tidak patut dipandang remeh walhal telah ramai yang sedar ia memiliki kebaikan lebih dari keburukan. Dalam kalangan professional juga terdapat pengamalnya kerana mereka juga sedar akan kesan positifnya dan akui bahawa mereka lebih tenang selepas melakukan tugasan harian dan tenang itukan bagus!

          Dalam tenang haruslah cekap menganalisa sesuatu perkara untuk tentukan baik atau buruk akibatnya kelak. Dalam erti kata lain, bijak mengatasai atau mengawal diri dari terjebak ke daerah yang mungkin sukar untuk temui jalan keluar. Penulis pasti pembaca semua bijaksana dan hebat dalam menentukan apa yang baik dan buruk kerana buruk padahnya sekira tersilap melangkah. Apa yang penting ialah keseimbangan antara sesuatu perkara. Segala benda diciptakan berpasangan bukan. Kiri pasangannya kanan. Ombak pasangannya pantai. Kertas pasangannya Marijoinlah. Jadi, ayuhlah kita imbangi tembakau dan Marijoinlah dengan seimbang. Takut- takut bila terlebih satu bahagian, awannya tak sampai pula nanti.

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait