Rokok Gulung Dan Gaya Hidup

Oleh: Rico

Marijoinlah Girl Smoking

Bila kita sebut pasal apa sahaja yang berkenaan dengan rokok akan banyak mata mulai serong dan mulut kumat kamit menyatakan benci dan tidak gemar akan ROKOK. Walaupun natijah dari merokok tidak boleh disangkal lagi dan juga telah menjadi kenyataan umum bahawa rokok adalah bahaya. Akan tetapi, kali ini bukan mengenai keburukan merokok yang penulis ingin bahaskan, tetapi bagaimana ia telah sekian lama menjadi gaya hidup seseorang dan ia masih dikekalkan dan tiada tanda bahawa penggunanya akan berkurangan. Di Malaysia, telah lama penulis perhatikan budaya rokok haram ataupun rokok murah. Semenjak kenaikan harga rokok yang dikenakan cukai, banyak yang telah beralih kepada rokok-rokok murah sepertI U2 dan CANYON. Rokok berjenama seperti DUNHILL dan MARLBORO semakin jarang menjelma di atas meja makan sewaktu penulis sedang melepak bersama teman-teman. Kesan kenaikan harga yg mendadak menjadikan banyak pengguna beralih cara ataupun metod untuk berasap.

Pall Mall Cigarette

            Bagi penulis, yang merupakan seorang pengguna tembakau tegar, kini telah beralih kepada rokok gulung atau lebih dikenali juga sebagai tembakau. Jika di kenang kembali zaman rokok masih lagi masuk akal harganya, penulis merupakan peminat setia Benson and Hedges. Kini, sudah hampir tiga tahun penulis menggunakan tembakau dan akan terus bersama dengan tembakau kerana julatnya lebih luas berbanding rokok di belakang kaunter. Gaya hidup yang dimaksudkan ialah sekiranya seorang pengguna tembakau tidak kisahlah rokok ataupun paip dan sebagainya, kalian pasti menghargai perisa yang dipilih ataupun rasa tembakau tersebut. Hari ini, penulis lihat sebenarnya masih banyak pengguna tembakau di luar sana yang tiada pendedahan yang lebih mendalam mengenai dunia tembakau. Apa yang diketahui hanyalah rokok yang terdapat di kedai serbaneka dan kedai runcit.

Roll Up Tobacco

      Soalan yang kerap ditanyakan kepada penulis mengenai rokok balut adalah ‘Bro, susah tak nak balut? ’ atau ‘Kalau balut macam tu, memanglah tak ada hal hisap rokok balut. ‘(merujuk kepada hasil balutan penulis). Ini apa yang penulis lihat selama dua tahun lebih mengamalkan penggunaan rokok balut. Bagi penulis, pada masa penulis putuskan untuk mencuba tembakau atau rokok balut, penulis juga tidak tahu bagaimana untuk menggulung tembakau, hasilnya, balutan pertama itu tidak mengeluarkan asap langsung. Hebat bukan? Balut tembakau, tapi tidak berasap apabila dibakar. Tetapi, setelah sekian lama, ia tidak akan lagi menjadi masalah ataupun melecehkan kerana dengan latihan dan ketekunan untuk terus menghasilkan balutan yang sempurna, penghujungnya nanti, sekiranya kalian memandu kenderaan menggunakan transmisi ‘manual’ pun tidak akan menjadi sebarang masalah.

Girl Smoking Blunt

   Akhir sekali, pemilihan tembakau dan dan cara untuk membakar tembakau merupakan minat dan seni masing-masing. Bermula dari rokok hinggalah ke cerut(cigar), kelas masing-masing sangatlah luas dengan ilmu serta seni pembuatan juga pemilihan tembakau. Ajakan penulis di sini, apa kata kita ajarkan diri kita untuk mencuba sesuatu yang baru dan pastinya akan beroleh pengetahuan baru jika nak dibandingkan hanya beli sekotak, bakar, sedut dan buang puntungnya sahaja. Berapa lama kalian telah ulangi rutin tersebut? Perubahan bukan selalunya mudah tetapi bagaimana penerimaan kita setelah mencuba. Negatif atau positif? Bergantung kepada isi hati pembaca.

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait