Rokok, Tembakau dan Asap

Oleh: Rico

 

Rokok, Tembakau dan Asap

Pendekatan yang paling dekat dan mudah bagi sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan stress adalah rokok. Pada mulanya hanyalah rokok, tapi, sekiranya dah lama merokok dan bila kita nak cuba jenama yang lain, pilihannya adalah terhad. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah kebosanan menyedut rokok yang sama setiap hari? Jawapannya ialah tembakau. Nak dibahaskan mengenai tembakau memang takkan selesai dalam sehari. Bukan apa, terlalu luas bidangnya.

 

Rokok Kilang (Factory Made)

Rokok jenis ini mudah didapati di mana mana kedai runcit. Jenis ini menjadi pilihan ramai kerana tak perlu disediakan apa-apa selain daripada mancis atau pemetik api. Keluarkan sebatang, bakar, sedut. Cukup mudah!

Rokok-rokok buatan kilang yang terdapat di kedai runcit

 

Tembakau (Tobacco)

Kategori ini merupakan kegemaran penulis. Mungkin ada yang cakap susah nak balut atau tak tahu mana satu tembakau yang sesuai untuk dipilih. Bagi penulis, penggunaan tembakau lebih banyak kebaikannya berbanding rokok kilang. Dari segi bau dan rasa juga besar perbezaanya. Tak pandai gulung, tak mengapa. Sebungkus tembakau selalunya seberat 25g-50g, penulis jamin kalian pasti akan berjaya balut dengan sempurna setelah habis sebungkus tersebut.

Tembakau lebih banyak pilihan dan di jual dalam kuantiti yang banyak

 

 

(Advert)

PAX 3 Malaysia Singapore

 

 

Shisha

Kaedah ini agak unik dan menarik kerana persembahannya berbeza sedikit dari rokok dan cara penyediaannya juga berbeza. Alatan seperti dapur yang diperbuat dari tanah liat, tembakau khas (berperisa), botol shisha dan lain-lain lagi. Tak ada salah satu, tak jadilah shisha. Kalau lagi layan, bila pembuat shisha tersebut berjaya menghasilkan asap yang berkepul-kepul. Baru layannn. Tambahan pula, shisha lebih tertumpu pada perisanya yang pelbagai. Kebanyakan perisa shisha adalah dari buah-buahan. Selalunya ‘port’ shisha ialah di restoran-restoran yang menjadi tumpuan pelepak tegar. Lepas makan, pekena shisha barulah macam orang Arabia.

Shisha berperisa buah-buahan amatlah asyik dilayan pada waktu malam

Arena Tembakau

Jikalau nak dikupas satu persatu mengenai tembakau, mengelupas jari nak menaip nanti. Maklumlah, tembakau ini skopnya sangatlah luas. Dari rokok hinggalah ke tembakau yang menggunakan kaedah paip, terdapat pelbagai jenis tembakau yang masih belum sempat penulis cuba. Tetapi, perjalanan meneroka dunia tembakau ini bukanlah perjalanan yang singkat, setiap penghayatan berbeza. Oleh itu, para pembaca semua, Marijoinlah!

 

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait