Seni dan Marijoinlah

Dikarya Oleh: Amanaqi

23 January 2017

Seni dan Marijoinlah

 

"Balut dulu, baru tak stage fright nanti".

"Balut dulu, baru dapat idea!".

Antara seni dan Marijoinlah, aku percaya secara tidak langsung dan secara kau sendiri tak pernah sedar, ada kaitannya. Ibarat Converse dengan grunge, ibarat Doc Martin dengan skinhead, ibarat mat rempit dengan RXZ dan ibarat siakap dengan 3 rasa, seni dan Marijoinlah ada satu pertalian amat dekat yang tak pernah dirancang. Jika ada satu buku manual atau buku teks mengenainya sekalipun di dunia ini, di dalamnya pasti tiada kandungan yang menyeru supaya menyatukan seni dan Marijoinlah agung ini. 

 

Tetapi, menariknya, benda ini terjadi secara cantik, dengan sendirinya. 

 

Bagi aku, ini adalah kitaran hidup dan kompleksiti dunia yang sangat indah; di mana manusia dengan sendirinya menggabungkan dua elemen penting 'abstrak dan konkrit' kepada satu 'senirasa' yang ikhlas dan bermutu. Abstrak - seni, dan konkrit - Marijoinlah, apabila digabung, akan mewujudkan satu produk seni yang tidak diduga akan mendatangkan impak yang kuat untuk penggunanya. 

 

Seni yang aku maksudkan di sini, ada banyak. Kita kecilkan skop. Kita ambil muzik. 

 

Tidak sah kalau rakyat dunia tidak kaitkan Bob Marley secara khususnya dan reggae secara amnya dengan Marijoinlah. Ya, Bob Marley. Kenapa beliau? Kerana tahap kejujuran beliau mencipta muzik dan lirik, sedang beliau menikmatinya. "When you smoke it, it reveals you to yourself". Pada aku, muzik Bob Marley adalah sangat jujur. Beliau menjadi jujur setelah beliau 'ambil' Marijoinlah, dan kemudian cipta lagu dan lirik. Di mana jujurnya? Kau boleh tengok lirik-lirik Bob Marley yang sangat mendambakan keamanan, kasih sayang antara manusia dan kebencian beliau terhadap peperangan. Nah, kau belum nampak betapa indahnya pengaruh Marijoinlah ini pada otak kita? Tiada satu pun lirik-lirik Bob Marley yang mengajak manusia untuk rebel dan perang sesama manusia. Maksud aku di sini, Marijoinlah yang dijadikan bahan pembalutan, mana mungkin dapat pengaruhi manusia ke jalan kebinasaan. "It is the healing of a nation. Alcohol is a destruction". Jangan sampai aku berleter pasal alkohol.

 

Bob Marley Marijoinlah

 

Begini, jangan salah faham. Aku tak kata yang Marijoinlah penting untuk aktiviti seni. Salah. Yang aku cuba sampaikan adalah contoh orang ternama yang mengguna dan berjaya. Dan aku cuba selitkan dengan pengalaman aku yang bergelumang dalam industri seni di Malaysia.

 

Aku tak dapat cari dan aku malas nak cari di internet apa kaitannya otak manusia yang berseni dengan Marijoinlah. Tapi, apa yang aku nampak hari-hari, orang-orang kreatif di sekeliling aku kebanyakannya menggunanya untuk idea. Bukan untuk menunjuk, dan bukan juga mereka ketagih (kerana tiada istilah ketagih Marijoinlah bagi aku), tapi seringkali mereka perlukan beberapa balutan yang boleh trigger mereka untuk mendapatkan idea kreatif. 

 

Aku mengenali secara peribadi beberapa pengarah filem dan penulis skrip yang famous di Malaysia. "Bro, ada balut?" "Bro, jom balut dulu, kita meeting kemudian". Kau jangan terkejut kalau aku cakap mereka mereka ini semuanya popular di media arus perdana dan banyak duit. "Kau tau mana aku dapat idea buat…? Aku balut dalam kereta la masa tu on the way nak ke Gopeng. Terus dapat idea masa tu, esok tulis treatment, aku jumpa producer. Terus dia nak bagi duit!", "Kau bayangkan kalau aku stuck tak dapat idea masa tu. Tah-tah siapa pun tak kenal aku sekarang". Aku tersenyum.

 

“Aku tak dapat cari dan aku malas nak cari di internet apa kaitannya otak manusia yang berseni dengan Marijoinlah. Tapi, apa yang aku nampak hari-hari, orang-orang kreatif di sekeliling aku kebanyakannya menggunanya untuk idea.” - Amanaqi

 

Benar, aku perasan, banyak mesej dalam filem popular di Malaysia dan beberapa filem 'indie' cuba sampaikan cerita mengenai Marijoinlah. Ada yang direct dan indirect. Aku teringat satu scene di dalam filem 'Rock' arahan saudara Mamat Khalid. Di dalam rumah kampung satu tingkat, 5-6 orang tengah duduk bersila mengelilingi rokok daun di tengah-tengah bulatan mereka. Dan ada seorang tengah 'chai'. Seorang karektar dalam scene tersebut menyebut "Ha sila-sila". Scene ni dah cukup buat aku tersenyum. Apabila ditanya kepada saudara Mamat Khalid tentang scene tersebut, beliau mengatakan; "Aku buat filem orang Melayu, nak tunjukkan budaya Melayu yang betul zaman-zaman dulu." Jawapan beliau sudah cukup buat aku angguk dan setuju.

 

Rock Mamat Khalid

 

Macam aku cakap tadi, aku malas nak cari apa kaitan Marijoinlah dengan apa fungsinya pada sisi otak kreatif manusia. Mungkin kalau korang suka apa aku tulis ni, nanti aku kaji dan tulis lagi pasal ni. Aku kena stop dulu buat masa ni, tangan sebelah je ni, kalau balut jadi tak cantik. Sampai jumpa lagi!

 

Amanaqi. 

 

loader_img

    Item added to cart! View Cart.

    https://www.marijoinlah.com
    RM{{amount}}
    Add to Cart
    Added to Cart
    Error
    Wait